Anggota Terbaru

Umum telah mengetahui Zuar tidak lagi bersama XPDC. Pemain gitar bass ini mengangotai XPDC sejak album sulung mereka lagi (XPDC-DARJAH SATU 1990). Pengunduran Zuar kerana ingin membawa haluannya sendiri. Zuar kini menggangotai kumpulan barunya CAPERO dan bertindak sebagai penyanyi utama. Pengundurannya diganti oleh Yan bekas anggota kumpulan Lefthanded. Yan bukanlah orang baru dengan XPDC. Beliau telah bekerja dibalik tabir pembikinan album XPDC sejak album Kita Pen-Yu lagi (Album ketiga 1994).Kehadiran Yan dinggap paling sesuai kerana selain dari pengalaman yang ada padanya juga lebih memantapkan pemainan XPDC terutamanya ketika mengadakan pertunjukkan pentas. Tidak dinafikan antara kedua mereka tetap ada kelebihannya.



© Copyright 1994-2002 XPDC All rights reserved.
Website Disclaimer