|
|
Titian
Perjalanan
Tragedy adalah nama asal kumpulan XPDC.Tragedy hanya
sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila kumpulan
ini dilanda perpecahan.Penarikkan diri Yazid dan Man
tobey telah mengundang Lee dan Zua sebagai penggantinya.Dengan
penukaran ahli ini dan dengan nasihat penerbitnya J.S.Kevin
nama XPDC telah dipilih sebagai nama barunya.
XPDC lahir tanpa mendapat publisiti yang hebat.Mereka
lahir ketika era rock di zaman kemuncaknya.Oleh itu
terlalu banyak persaingan yang perlu mereka tempuhi
terutama dari kumpulan yang telah mencipta nama.Kelahirannya
tidak dirasai oleh peminat rock ketika itu.Namun dari
barisan artis ternama XPDC dapat mencelah nama mereka.Ianya
berpunca kerana lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N.
Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin.Lagu mengeja ini tidak
pernah ujud sebelumnya.Dengan populiriti lagu ini XPDC
setapak demi setapak mengorak langkahnya.Konsep muzik
mereka ketika itu banyak kepada irama Trash dan Heavy
Metal.Motto XPDC ketika itu mereka tidak boleh menjadi
seperti kumpulan Search,Rusty Blade atau WINGS kerana
masing-masing ada 'tred mark' tersendiri.Oleh itu XPDC
seharusnya mencari kelainan dari apa yang telah ada.Maka
itu lahir XPDC dengan imej mereka tersendiri.Tidak dinafikan
popularitinya mula mereka raih selepas kelahiran album
Brutal. Mereka boleh diibaratkan seperti pepatah ' susah
dahulu, senang kemudiannya".
|