| Imej
Penampilan
Rambut panjang
Pepatah orang tua jangan berambut panjang jika takut
mati.Seperti kumpulan rock seangkatan dan sebelumnya
XPDC sejak penampilan awalnya telah berambut panjang.Apabila
rambut panjang menjadi isu XPDC turut akur dengannya
terutamanya ketika album keduanya baru dilancarkan.Namun
kerana berambut pendek peminatnya seolah mulai tawar
untuk meminati mereka.Album keduanya kurang mendapat
sambutan jika dibandingkan dengan sambutan hangat
untuk album sulung mereka. Lantaran itu XPDC tidak
pernah lagi menoleh untuk terus berambut panjang.
Akibatnya lagu-lagu mereka menajdi sasaran disenarai
hitamkan oleh RTM.Walaupun lagu mereka tidak berkumandang
dicorong radio tetapi disebaliknya mereka mula menambahkan
pengikut setianya.Bagi XPDC imej dan peribadi tidak
boleh dinilai melalui luaran semata tetapi dari sifat
dalaman. Ada artis yang mencari publisiti murahan
melalui gossip atau konterversi tetapi XPDC cuba mengelakkannya.Kerana
itu walaupun ketika isu rambut panjang menjadi hangat
XPDC lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Akhirnya
kini lagu-lagu XPDC mendapat tempatnya untuk siaran
radio di RTM. Apa yang lebih membanggakan XPDC kini
menjadi " artis kesanyangan RTM" apabila
mula sering dijemput untuk mengadakan rakam programme
untuk siaran Radio dan TV di RTM.
|