|
|
IZO'S
SOLO ALBUM
Menyentuh album solonya, ianya telah dirancangkan sejak
tahun 1996 lagi. Idea penghasilan album ini tercetus
apabila dua buah lagu instrumental sentuhan XPDC yang
diselitkan dalam album BRUTAL dan instrumental lagu
HIDUP BERSAMA dalam album METAL 60'AN mendapat sambutan.
Kedua-dua buah lagu ini sering berkumandang di radio-radio
tempatan sebagai lagu selingan dan beberapa d.j terkenal
turut menggunakannya sebagai lagu tema pengenalan mereka.
Turutan dari itu IZO sendiri telah merakamkan beberapa
buah lagu termasuk lagu-lagu ciptaan terbarunya untuk
diselitkan dalam album solo beliau ini. Malangnya rakaman
album ini terpaksa ditangguhkan separuh jalan untuk
memberi laluan kepada rakaman album terbaru XPDC V.6
dan juga kerana kesibukkan mereka mengadakan pertunjukkan
pentas.
Tambahan pula bagi IZO album gitar solonya ini akan
dihasilkan dengan sebaik mungkin. Justeru itu kejayaan
dan kegagalan album gitar solo artis-artis tempatan
dan antarabangsa wajar dijadikan sebagai bahan rujukan.
Tambahan pula untuk album ini IZO bukan sekadar menonjolkan
skil bermain gitarnya semata-mata tetapi dia juga lebih
menitik beratkan kepada mutu rakaman dan melodi lagunya
sebagai nilai komersial. Bagi IZO, penghasilan album
gitar solonya jika hanya menonjolkan skil bermain gitar
sahaja ianya hanya akan sekadar sedap didengar tetapi
sukar diikuti oleh bakat-bakat baru.
Idea penghasilan album ini juga kerana permintaan peminatnya
dan ianya mungkin kerana peminatnya juga bercita-cita
ingin menjadi sepertinya.
|
 |
|
|