|
|
IZO
XPDC
IZO pemain gitar utama kumpulan rock XPDC terpaksa berkampung
di studio rakaman untuk menyiapkan tiga buah album.
Album-album tersebut adalah UN'METAL VOL.2, O'TAI ROCK,
dan album gitar solonya.
Untuk menyiapkan tiga buah album ini, IZO hanya diperuntukkan
masa selama tiga ke empat bulan sahaja untuk disiapkan
sepenuhnya. Mungkin untuk penerbit album yang lain masa
yang diperuntukkan ini tidak terlalu membebankan, tetapi
bagi IZO dengan kesibukkan pertunjukkan pentas dan promosi
album bersama kumpulannya menyebab dia terpaksa membahagikan
masa dengan sebaik mungkin.
Walaupun begitu ianya tidak akan dijadikan alasan untuk
menyiapkan album ini secara tangkap muat. Dengan pengalaman
menerbitkan album-album XPDC dan beberapa album yang
lain akan digunakan sebaik mungkin.
|
 |
|
|