Kumpulan Yang Unik

XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy.Seperti telah menjadi badinya mereka sering menerima badi perpecahan anggotanya.Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan Handy Black.Namun pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang konterversi yang paling hebat.Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan Kumpulan ini akan berkubur.Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular.Lebih uniknya album Brutal ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.Pengunduran Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya telah digganti sementara oleh Lola.Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri.Terbaru pemain gitar bassnya ZUAR mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri.Sehingga kini XPDC telah mengalami proses penukaran ahlinya sebanyak 4 kali.Namun nama mereka masih tetap menjadi sanjungan peminatnya

Dengan kegawatan ekonomi yang melanda negara,industri muzik juga menerima tempiasnya.Ramai artis mengeluh dengan jualan album dan undangan pertunjukkan yang makin berkurangan.Namun XPDC seolah-olah menafikannya apabila album-album mereka tetap mendapat sambutan hangat.Mereka juga sering diundang mengadakan pertunjukkan pentas.XPDC dikatakan sebuah kumpulan yang langsung tidak menerima impaknya dari kemerosotan ekonomi.




© Copyright 1994-2002 XPDC All rights reserved.
Website Disclaimer