O'TAI
ROCK
Kumpulan XPDC pernah menggegarkan industri muzik dengan
albumnya Metal 60'an. Album ini yang mengabungkan lagu-lagu
popular tahun 60'an atau lebih popular dengan nama Pop
Yeh-Yeh dianggap sebagai satu percaturan yang berani
dan luarbiasa. Berani kerana mengabungkan kesemua lagu-lagu
yang pernah popular dalam satu album sedangkan sebelumnya
XPDC atau artis lain hanya menyelitkan satu atau dua
lagu 'lama' ini sahaja di dalam sebuah album terbaru.
Album Metal 60'an dianggap juga berani kerana sanggup
menerima kritikan atau sikap kurang senang terutamanya
dari artis dan pengiat seni muzik era 60'an. Ada juga
yang beranggapan album ini merosakkan keaslian irama
Pop Yeh-Yeh itu sendiri. Namun XPDC dan Life Rekod
telah bersedia terlebih awal sebelum album ini dipasarkan
dengan alasan dan jawapannya.Ternyata selepas kelahirannya
album ini mendapat sambutan hebat dan pengiat seni
60'an sendiri banyak memuji usaha sedemikian terutamanya
mempopularkan lagu-lagu mereka dan versi terbaru dan
mengikut peredaran semasa. Luarbiasa kerana selepas
kelahiran album ini ternyata sambutannya sungguh hebat
sehingga mendorong banyak artis dan syarikat rakaman
melahirkan album sedemikian.
Album Metal 60'an diterbitkan pada tahun 1996 dan album
Metal 50'60'an setahun selepasnya. Kini selepas tujuh
tahun XPDC kembali semula menerbitkan album kompalasi
seperti Metal 60'an. Album yang diberi nama OTAI ROCK
adalah gabungan lagu-lagu yang pernah popular tahun
50'an , 60'an .70'an dan tahun 80'an.Ada juga lagu yang
mungkin popular lebih awal dari tahun tersebut. Perkataan
'OTAI' adalah bahasa 'rugged remaja dan Mat rock kepada
orang yang lebih berumur atau tua.Kerana itu OTAI ROCK
adalah lagu-lagu lama yang diberi nafas baru dengan
berteraskan muzik rock. Kelahiran album OTAI ROCK ini
bukan sebagai konsep album basi tetapi sebagai susulan
dari kejayaan album Metal 60'an.Tidak banyak perbezaan
konsep album ini terkecuali muziknya yang lebih ringan
dan pilihan lagu-lagunya tidak terkongkong untuk sesuatu
era atau tahun. Bagi XPDC sendiri kelahiran setiap albumnya
seiring dengan permintaan pertunjukkan pentas. Umum
sedia mengetahui XPDC adalah antara segelintir artis
yang aktif mengadakan pertunjukan pentas dan walaupun
telah lahir dengan enam buah album baru dan tiga album
penerbiitan khas ternyata koleksi lagu mereka masih
tetap kurang. XPDC sendiri tidak mahu menghidangkan
peminatnya dengan lagu-lagu yang sama untuk setiap pertunjukkan
pentas mereka. Sebagai menambahkan lagi koleksi album
dan lagu mereka maka cetusan idea untuk album ini dilahirkan.Namun
XPDC tetap menyangkal kelahiran album OTAI ROCK kerana
kedinginan industri muzik atau sukar mencari lagu terbaru.
Tidak dinafikan kelahiran album ini mungkin juga akan
mengudang kritikan dari sesetengah pihak seperti yang
pernah mereka hadapi ketika kelahiran album Metal 60'an
dulu. Seperti dulu juga XPDC telah bersedia dengan jawapannya.
Cuma apa yang mereka harapkan janganlah kritikan yang
dilemparkan hanya berdasarkan satu sudut atau dengan
emosi marah atau cemburu sahaja tetapi biarlah pengkritik
lebih berfikiran lebih terbuka.Umum mengetahui Industri
muzik makin tenat dan perlukan perhatian dan rawatan.
Dari hanya menunggu ajalnya tidak salah rasanya XPDC
menggunakan alternatif lain sebagai jalan keluarnya.
Kelahiran OTAI ROCK ini sedikit sebanyak memberi ruang
sedikit untuk industri muzik terus bernyawa. Andaikata
sambutan yang akan diterimanya sehangat album Metal
60'an mereka yang dulu tidak hairanlah album berkonsepkan
sedemikian akan banyak dilambakkan dipasaran. Motif
sebenar kelahiran album ini akan berjaya ; berjaya memenuhi
selera pendengar ; berjaya juga ruang kepada pemuzik
dan syarikat rakaman mencari makan. Kalau andaikata
gagal pun XPDC dan Life Rekod sendiri tidak akan terlalu
kecewa kerana sekurang-kurangnya telah mencuba dan secara
tidak langsung tetap menyumbangkan koleksi album yang
berada dipasaran tempatan.Prinsip kami gagal selepas
mencuba adalah satu kejayaan kerana sekurang-kurangnya
kami tahu punca kegagalan dan akan memperbaikinya. Tambahan
pula antara kepelikan industri muzik kita ada sesetengah
album yang gagal ketika kelahirannya tetapi mungkin
selepas lima atau sepuluh tahun terkemudian ternyata
ianya mendapat sambutan hangat.
Album OTAI ROCK diterbitkan oleh IZO XPDC dengan melibatkan
anggota XPDC yang lain bertindak sebagai pemuziknya.
Kalau album METAL 60'AN konsep muziknya ditukar dari
irama pop yeh-yeh ke irama Heavy Metal tetapi untuk
album ini konsep muziknya adalah gabungan kedua-duanya.
Iaitu kebanyakan susunan muzik asalnya dikekalkan dan
diberi pembaruan dengan muzik rock ala XPDC. Kerana
itu konsep muzik album ini tidak sekeras album METAL
60'AN.Album ini tidak melibatkan Ali sepenuhnya sebagai
penyanyi utamanya tetapi turut melibatkan beberapa penyanyi
yang lain antaranya , Ucop BAJI , Amer dan Ija. Antara
lagu-lagunya adalah 'Duit-Duit', 'Ekspres Rakyat' (Kumpulan
Kembara), 'Joget Kenangan Manis' ( Sudirman) , Lodeh
Mak Lodeh' ( S.Sudarmaji) ; 'Hore-Hore' & 'Memikat
Hati' ( R. Azmi).
Album istimewa ini akan mula diedarkan17 hb Mac 2003.
|