Rahsia
XPDC
XPDC diujudkan dengan sifat jujur kepada muzik.Kebanyakkan
artis bermodalkan populariti dan glomour sebagai aset.Tetapi
XPDC menggunakan kualiti album dan persembahan sebagai
aset utamanya.XPDC tidak pernah terburu-buru melahirkan
album terbarunya.Setiap kelahiran album terbarunya XPDC
memerlukan dua atau 3 tahun untuk disiapkan.Pemilihan
lagu yang sesuai dan terbaik sering dijadikan keutamaanya.
Pembabitan awalnya XPDC jarang diberi publisiti
murahan dan sering mengelak diri dari terbabit dalam
konterversi.Kerana itu XPDC seolah-olahnya kurang
mendapat publisitinya.Ianya dilakukan sebagai rangka
perancangan jangka panjang.Pihak syarikat rakaman
menjangkakan artis yang diberi publisiti keterlaluan
akan memendekkan jangka hajatnya.Tambahan pula tidak
mahu setiap anggota XPDC terlena dengan populariti
yang keterlaluan.Ternyata disebalik kurang menonjolnya
XPDC terutamanya dimedia cetak dan massa telah melahirkan
sifat kerinduan yang mendalam peminatnya.Maka kerana
itu seringkali kemunculan XPDC baik untuk album-album
terbarunya dan setiap pertunjukkan pentasnya sering
di tunggu-tunggu."Diam besi berkarat, diam ubi
berisi".Tapi kini XPDC menjadi buruan pihak mediaa
massa untuk mendapat bahan terbaru sebagai tatapan
peminatnya.
|