Boleh
Ke XPDC berlakon komedi?
Mesti peminat XPDC tak sabar- sabar menyaksikan aksi
empat anggota berlakon. Tetapi bukan sebarang tele-movie,
tele-movie yang berunsur komedi pulak tu. Judulnya 'Apa
Nak Dikata', yang diambil berdasarkan judul lagu XPDC
sendiri.
Tapi sudah pasti ramai yang bertanya-
tanya, ;boleh ke mereka ni berlakon komedi?'
What
the producer says....
Kata Rahila Ali, pengarah
telemovie tersebut, 'Kesemua anggota XPDC memang boleh
berlakon. Mereka ini jenis selamba. Kadang- kadang
mereka cipta sesuatu yang tak ada dalam skrip yang
menjadikan babak tu lebih menarik. Kadang- kadang
mereka ad lip dengan selamba. Tak jadi masalah langsung
bila mereka berlakon. Mereka beri koniment yang penuh
dalam telemovie ni dan paling menarik, mereka ada
ciri kelakar dan spontaneous.'
|
Turut berlakon dalam telemovie
ini ialah Farouk Hussein, Apek Senario, Sheila
Rusly, Kumpulan Baji, Nur Huda dan seorang model
dan pelakon baru Zahnita.
Telemovie ini diterbitkan oleh
Hup Hup Sdn. Bhd. (Life Records) yang selaku
syarikat rakaman XPDC dan Baji. Telemovie ini
akan dipasarkan pada pertengahan bulan Februari
2003.
Kata Rahila, 'Sebenarnya tak
ada siapa yang menjadi hero. Semua watak sama-
sama penting. Idea cerita ini saya buat sendiri
and skripnya dituli oleh Cili. Saya pilih cerita
komedi kerana ia lebih rileks, senang dan terikat
dengan bahasa. Lagipun, cerita komedi senang
diterima ramai orang berbanding dengan cerita
berat. Tambahan pula, XPDC tak pernah berlakon
dan inilah kali pertama mereka jadi pelakon.'
'Apa pun, ternyata budak- budak
XPDC memang boleh berlakon. Saya sendiri tak
memaksa mereka berlakon mengikut kehendak saya.
Saya tak kongkong lakonan mereka sebab saya
tak nak ubah cara mereka. Saya Cuma beritahu
apa yang saya nak, kemudian mereka bebas melakonkan
watak tersebut'.
|
|
During
shooting
..
Penggambaran
pada hari pertama
Sewaktu hari pertama menjalani penggambaran di Kampung
Lekuk, bekalan elektrik tergendala selama enam jam
di seluruh kampong. Semua casts dan krew kena melanguk
di kampong itu sampai bekalan disambung semula.
Lola
dengan motosikalnya
Rupa- rupanya Lola tak pandai membawa motor. Sebab
dia menjadi posmen dia dikehendaki membawa motosikal.
Sebelum shooting, Ali XPDC kena hidupkan enjin motor
dan Lola Cuma tunggang saja ke depan.
Kalau nak ke belakang, krew dan budak
XPDC lain kena tolong menarik motosikal tersebut.
Ali
XPDC- Pemalu
Pada awalnya, Ali bersikap pemalu kerana digandingkan
dengan Sheila Rusly. Tetapi lama kelamaan, dia dah
okay.
Pertandingan
Kugiran
Semasa babak pertandingan kugiran, pelakon tambahn
tidak perlu dipanggil sebab satu kampong (Kampung
Lekuk, Masjid Tanah di Melaka) dating beramai- ramai
menyaksikan XPDC menyanyi. Macam konsert pulak jadinya
BY:
Nor Asikin Hassan URTV
|